Monday, May 9, 2011

Khasiat sarang burung

Kajian perubatan Cina di Beijing mendapati sarang burung Walit merupakan agen pemutihan kulit dan juga baik untuk kesihatan mata. Bagi penghidap asma, ia juga dikatakan merupakan agen terbaik memulihkan sistem pernafasan dan memperkuatkan paru-paru. Hasil daripada pelbagai eksperimen dan penelitian menunjukkan bahawa sarang burung bermanfaat sebagai:


1.zat kolagen yang terkandung dalam setiap sarang burung walit dapat melandarkan pembuluh darah, meningkatkan nafsu makan serta memperbaiki saluran pencernaan.

2.sarang burung walit dapat mengurangkan kahak dan menyembuhkan batuk. Ini juga merupakan nutrisi bagi paru-paru dan menguatkan saluran pernafasan.

3.pengambilan sarang burung walit semasa kehamilan dapat mengurangkan rasa sakit punggung, memperkuatkan paru-paru bayi yang dikandung. Juga dapat mempercepatkan proses penyembuhan setelah melahirkan.

4.untuk wanita pengambilan secara teratur dapat meningkatkan daya metabolisme, memperbaiki kulit serta melambatkan proses penuaan.

5.untuk orang tua, pemakan secara teratur dapat menguatkan urat dan tulang, serta meningkatkan daya tahan tubuh terhadap penyakit.

6.untuk kanak-kanak, sarang burung walit dapat membesarkan daya serap nutrisi yang ada pada setiap makanan dan memperkuatkan paru-paru

7.merupakan makanan yang amat baik kepada para perokok, serta dapat mengurangkan kesan yang ditimbulkan daripada nikotin untuk mencegah diserang barah.

No comments:

Post a Comment